dalam hidup , kadang - kadang kita berada di atas , kadang - kadang kita berada di bawah . biarlah berapa banyak kadang - kadang pun kerana kita mampu mengubahnya dengan usaha :)
ehm , ny ada kata - kata semangat yang nk dikongsi bersama . bila aku baca suma ny , mmg ada yang kena kat dri sendri . so , aku nk jadi kan kata - kata ny untuk aku berjaya dan nak cuba apa pn walaupun untuk sesuatu yang baru .
- Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
- Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
- Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
- Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
- Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
- Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
- Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
- Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
- Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
- Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
- Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
- Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu - iaitu takut GAGAL !!
- Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
- Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
- Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
- Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
- Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
- Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
- Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
- Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
- Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
- Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
- Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
- Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
- Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
- Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
- Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
- Anda tidak akan mengetahui tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
- Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
#start from now, jom2 berubah -->>
No comments:
Post a Comment